Adik-adikku
Entri ini aku tujukan khas buat permata-permata baru di bumi Auckland, buat adik-adikku yang comel-comel. Hiiii…
Adik-adikku..
Jika melihat permata, usah terlalu hairan dengan kilaunya permata itu, tapi lihat juga dari mana cahayanya datang. Ada kalanya cahaya yang dibiaskan oleh permata datangnya dari cahaya kalimantang yang tak mampu menyuburkan tanaman. Perlu bijak dalam memilih teman, perlu arif membuat keputusan juga perlu tetap dengan pendirian.
Adik-adikku..
Aku bukanlah orang yang arif soal cinta, tetapi ini nasihatku tentang cinta yang ku pinjam daripada Saidina Ali, “cintai kekasihmu itu sewajarnya, tidak berlebihan, mungkin sahaja nanti dia akan menjadi musuhmu. Benci musuhmu sewajarnya, kerana mungkin sahaja nanti dia akan menjadi kekasihmu.”
Lalu usah dipanjangkan kata bagi menjawab soal cinta. Jawab sahaja,
“Aku mencintaimu, sewajarnya, sederhananya, dan seadanya kamu.”
Cinta memang sepatutnya begitu, kerana cinta itu indah, kembang bunga pun tidak seindah ini. Tapi kalian harus selalu ingat, cinta Allah itu kekal selamanya. Pasti.
Adik-adikku..
Aku kira indahnya hidup ini bila kita sudah merasa cukup.
Biar tidak kaya, tapi merasa cukup.
Biar tidak bercinta, tapi merasa cukup.
Kita hanya akan merasa cukup apabila usaha kita sudah banyak.
Dan paling utama, SYUKUR.
Selalulah meminta pada-Nya, selalulah merintih pada-Nya kerana Dia kan selalu mendengar. Namun, walalu makbul-Nya itu bersilang dengan pintaan, ikhtiar kan tetap menjadi asbab.
Adik-adikku..
Teruskan usaha kalian. Moga kita kembali dengan ijazah dan risalah di tangan.
Saat perjalanan terasa payah, ingatlah Dia sentiasa di sisi, dan aku kan sentiasa menemani. Aku SAYANG kalian…sungguh!! =)
*********************************************************
Buat Azurin (bukan nama sebenar) : Jangan nakal-nakal yer!! Azurin kan dah besar. =P
Buat Mira (bukan nama sebenar) : Jaga cik perut anda selalu.
Buat KK, terima kasih. Diharap ada pelangi di hujung sana nanti. =)
Buat Nik, Lim Chor tak ‘accept’ kad kredit tau..Heh..
Buat adeq, hati-hati balik Sarawak.
Buat adik, moga tenang selalu. Ketahuilah, aku sedang berusaha memahami ’silence’ mu. Berusaha dengan sesungguhnya.
